Rabu, 28 Mei 2014

Notis Panggilan Mesyuarat Agung Kelab Kembar Malaysia

Adalah dengan hormatnya saya menjemput semua ahli kelab yang berdaftar dan bakal berdaftar hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kembar Malaysia kali ke 2 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Jun 2014
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Auditorium 1, Kompleks Kejiranan Presint 15, Putrajaya

Berikut adalah notis panggilan mesyuarat,



Semoga kehadiran tuan/puan semua dapat bersama-sama menjayakan mesyuarat ini.
Sekian, Terima kasih

Khamis, 15 Mei 2014

HADIAH DARI PENAJA HIMPUNAN PASANGAN KEMBAR MALAYSIA

Menjelang Karnival Gaharu Gemilang NS 2014 di Tapak Pesta Bt. 1, Port Dickson sempena Festival Belia Negeri Sembilan mulai 16-18/5/2014 Senama Agro Group menyediakan hadiah menarik untuk pengunjung yang menyertai acara-acara menarik seperti karaoke / poco poco / mewarna.

Acara khas untuk himpunan kembar-kembar Malaysia 17/5/2014 mula jam 9.30 pagi-tengahari (memilih pemenang kembar seiras/ pakaian beragam si Kembar! Penyertaan bebas tak kira usia dan memotong kek hari jadi kembar yang lahir dalam bulan Mei.).

Sepanjang majlis diserikan persembahan dari artis Saari Amri n Along Klasik. Harap datang beramai-ramai jangan malu dan segan!




Sumber  gambar dari FB En Ali

Rabu, 14 Mei 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KKM 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.......

Kelab Kembar Malaysia (KKM) dengan berbesar hati untuk menjemput tuan puan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kembar Malaysia bagi Tahun 2014..... Segala butiran adalah seperti di bawah:

Tarikh : 1hb Jun 2014
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pg - 2.00 ptg
Tempat : Auditorium 1, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya
Kehadiran : Wajib

Harap mendapat sokongan dari semua ahli KKM.... Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak AJK....  seperti di bawah ini atau emailkan kepada kelabkembarmalaysia@gmail.com
1. Huszaini Haron (019 378 3869)
2. Sis Ida  (017 327 6249)
3. Iskandar Johari
4. Ira R Irazita
5. Siti Hanizah Bt Jelani
6. Rashidah Razak
7. Wanie Toroji
8. Kamarudin Mahmood
9. King Shah
10. Noor Fazliani
11. Muhamad Adli Sham



Isnin, 12 Mei 2014

Jom jumpa kembar-kembar beramai-ramai di FESTIVAL BELIA NEGERI SEMBILAN 2014!


PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!

Salam Sejahtera!
KKM telah mendapat undangan istimewa daripada pihak penganjur Karnival Gaharu Gemilang Negeri Sembilan 2014 sempena FESTIVAL BELIA NEGERI SEMBILAN! Pihak penganjur meminta KKM mengumpulkan seberapa banyak pasangan KEMBAR. Kita mendapat satu slot untuk hari festival tersebut. Maklumat adalah seperti berikut :-

Tarikh : 17 Mei 2014
Tempat : Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan
Masa : 9 pagi 

Acara untuk kembar: 

  1. Pakaian Beragam  
  2. Kembar paling seiras
  3. Sambutan hari jadi kembar


Kepada yang berminat, sila hubungi  Sis Ida : 017 327 6249

JOM KITA BERJUMPA BERAMAI-RAMAI!!