Isnin, 11 November 2013

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI 
KELAB KEMBAR MALAYSIA!!!

KELAB KEMBAR MALAYSIA (KKM) diasaskan oleh En Huszaini Haron yang mana telah berusaha mengumpulkan para ibubapa dan diri sendiri yang berstatus kembar diseluruh negara. En Huszaini Haron kemudiannya menubuhkan Ahli Jawatankuasa Penaja dalam matlamat beliau mendaftarkan KELAB KEMBAR MALAYSIA (KKM) sebagai sebuah pertubuhan rasmi .


Huszaini Haron 
Pengasas & Pengerusi KKM

Perjalanan En Huszaini Haron dalam menghimpunkan ahli-ahli kelab kembar bukan melalui jalan mudah, yang mana beliau berkorban masa dan tenaga dalam merancang beberapa perjumpaan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Pada mulanya perjumpaan ini berasaskan motif beramah mesra dan berekreasi yang bermula hanya dengan beberapa pasangan ibubapa kembar. Ahli-ahli kemudiannya bertambah ramai setelah mengetahui kewujudan perhimpunan kembar ini yang mana menyumbang kepada peningkatan pengunjung dalam blog beliau. Ini menyebabkan lebih ramai ahli keluarga kembar menyertai perhimpunan ini.

Justeru itu dari hari ke hari setiap perhimpunan yang dihadiri semakin ramai sehingga mendapat kata sepakat dari para ibubapa kembar  yang meminta beliau mengajurkan HARI KELUARGA yang mana memerlukan tempat yang lebih besar dan meriah. Hari Keluarga Pertama yang dianjurkan oleh En Huszaini bertempat di Port Dickson yang berjaya mengumpulkan 50 ahli keluarga. Dari sinilah beransur-ansur mulanya kepada matlamat penubuhan KELAB KEMBAR MALAYSIA (KKM) ini.



MATLAMAT KELAB KEMBAR MALAYSIA

MATLAMAT JANGKA PENDEK

Matlamat KELAB KEMBAR MALAYSIA (KKM) adalah untuk menghimpun dan menyatupadukan pasangan kembar warganegara Malaysia tidak terhad kepada kepada kaum-kaum tertentu sahaja. Pasangan kembar ini boleh mendaftar melalui halaman web rasmi dan juga dilaman-laman sosial.

Penubuhan KELAB KEMBAR MALAYSIA (KKM) ini juga bertujuan untuk menjaga kebajikan pasangan kembar dan keluarga sama ada dalam bentuk kewangan, pendidikan, peluang pekerjaan dan sebagainya.

MATLAMAT JANGKA PANJANG

Matlamat jangka panjang KELAB KEMBAR MALAYSIA (KKM) dalam mewujudkan sistem perniagaan dalam menjana pendapatan kelab yang bakal digunakan oleh ahli-ahli bagi tujuan kebajikan, pendidikan, peluang perniagaan dan sebagainya.

Matlamat lain KKM juga ingin mempunyai bangunan dan aset sendiri yang mana semua aktiviti termasuk mesyuarat dapat diadakan secara lebih teratur.

KKM juga berhasrat menjadi antara penyumbang dalam ekonomi negara yang mampu membantu negara dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dalam bidang kekeluargaan.




AHLI JAWATANKUASA KKM

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Penaja yang dilantik oleh ahli-ahli KELAB KEMBAR MALAYSIA.  Ahli-ahli yang dilantik merupakan AJK yang akan bertangungjawab dalam bidang masing-masing dalam melaksanakan tugas dan amanah. Ahli Jawatankuasa yang dilatik ini merupakan saluran komunikasi kepada mana-mana ahli yang ingin mendapatkan sebarang maklumat berkenaan KELAB KEMBAR MALAYSIA.

Kelab Pasangan Kembar Malaysia
kelabkembarmalaysia@gmail.com 
admin@kelabkembarmalaysia.my



Huszaini Bin Haron    (Pengerusi)  

huszaini@kelabkembarmalaysia.my  019-3783869



Faridah Jahari  (Timbalan Pengerusi)

sis_ida@kelabkembarmalaysia.my 017-3276249



Muhamad Iskandar Johari (Bendahari)

isk@kelabkembarmalaysia.my 019-9326100




Siti Rashidah Abd Razak (Setiausaha)

rashidah@kelabkembarmalaysia.my 0192827304




Shalwalawani Mohd Toroji  (Timbalan Setiausaha)

wanie@kelabkembarmalaysia.my019-2820942




SYARAT-SYARAT KEAHLIAN
Syarat-syarat keahlian KELAB KEMBAR MALAYSIA adalah seperti berikut;



1.  AHLI BIASA

Ahli mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia
Diri sendiri kembar yang berumur 18 tahun dan ke atas
Ibu Bapa atau Penjaga yang sah mempunyai anak kembar berumur 18 kebawah (keahliannya dipertanggungjawabkan kepada ibubapa)

2. AHLI BERSEKUTU
Ahli-ahli yang mempunyai sejarah kembar iaitu mengandungkan anak kembar dan kematian ataupun mengandungkan kembar tetapi anak kembar meninggal selepas dilahirkan.
Ahli bersekutu juga terdiri daripada adik beradik anak-anak kembar itu sendiri.
Ahli bersekutu tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan di dalam KKM atau mengundi.

3. AHLI SEUMUR HIDUP
Ahli-ahli seumur hidup adalah terdiri daripada  ibubapa anak-anak  kembar itu sendiri yang membayar yuran keahlian tahunan kelab.